TNB menyumbang RM5000 untuk PPLM Program Hari Kesedaran Penyakit Mucopolysaccharidosis

08 Julai 2011 – program hari kesedaran penyakit Mucopolysaccharidosis yang lebih dikenali sebagai Penyakit MPS telah diadakan di Dewan Theaterette Aras 7, Wisma TNB Seremban yang turut dihadiri seramai 100 orang tetamu terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan Kampung, Kebajikan Masyarakat, media massa, doktor pakar dari HKL serta anggota kerja TNB Seremban bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (PPLM) , Ir. Lee Yee Seng dalam ucapannya memohon orang ramai membantu pesakit-pesakit Lysosomal Storage Diseases (LSD) ini di mana 2 orang anak beliau menghidapi penyakit ini. Dengan melihat keadaan anaknya yang semakin pulih, beliau berhasrat menubuhkan pertubuhan seperti ini bagi membantu kanak-kanak lain yang turut mempunyai nasib yang sama.

YB Dato Hasim Bin Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam semasa upacara perasmian, berjanji akan manyarankan kerajaan Negeri untuk mendirikan pusat rawatan khas di Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk pesakit-pesakit LSD.

Bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR), TNB telah menyumbang RM5,000 kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia pada majlis tersebut.

Please download the e-Newsletter below for further reading...

MLDA newsletter 1(Rev).pdf